the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang berjaya dipadamkan sepenuhnya

KOTA KINABALU: Operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang ditamatkan pada 3.15 petang hari ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda.

Beliau berkata JBPM telah berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas 10,287 meter persegi itu yang dibahagikan kepada empat sektor bagi memudahkan operasi.

“Operasi pemadaman hari keenam menggunakan satu aliran dua pancutan 100 meter dari jentera tangki air.

“Kebakaran melibatkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkenaan yang berkeluasan 45,700 meter persegi, ” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kebakaran mula berlaku pada 24 Mac lepas dan kerja-kerja pemadaman api melibatkan pegawai serta anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran serta dibantu BBP lain antaranya dari Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Sebelum ini Bernama melaporkan kualiti udara buruk akibat kebakaran itu telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di kawasan berhampiran. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings