the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejutan Yew Sin-Ee Ei ke suku akhir Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memikat penonton tempatan di Arena Axiata di sini dengan persembahan cemerlang apabila mara ke suku akhir dengan mencipta kejutan pada aksi pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024.

Beregu ranking ke-12 dunia itu menewaskan pasangan nombor lima dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dalam aksi penuh mendebarkan sehingga set penentuan.

Beregu negara menampilkan permulaan mantap apabila menang set pertama 21-10 sebelum lawan mereka bangkit dengan kemenangan 21-11 di set kedua sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Yew Sin-Ee Yi mempamerkan ketabahan untuk mengejar daripada ketinggalan lima mata untuk menyamakan kedudukan 12-12, kemudian bertarung mata demi mata sebelum akhirnya mencatat kemenangan 24-22 selepas 61 minit.

“Kami mengawal set pertama tetapi lawan mula bermain dengan baik selepas itu, kami sukar mengawal. Kami kemudian cuba mengubah sedikit permainan kami dan ia berjaya.

“Kami akan terus mencuba untuk layak ke Olimpik sehingga tamat kelayakan Olimpik (pada 28 April), tidak kira apa keputusannya, kami akan terus mencuba (untuk layak),“ kata Yew Sin kepada pemberita selepas perlawanan.

Menanti Yew Sin-Ee Yi di suku akhir ialah pilihan ketujuh dan juara edisi 2022,Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun yang mengalahkan beregu Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 21-11, 21-13.

Ia adalah suku akhir Terbuka Malaysia kedua berturut-turut Yew Sin-Ee Yi, selepas tumbang kepada juara Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, tahun lepas.

Bagaimanapun, kecederaan lutut Ee Yi semasa Terbuka Australia pada Ogos tahun lepas menjejaskan prestasi mereka sepanjang tahun ini serta peluang mereka untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya tidak banyak berlatih kerana baru bermula Selasa lalu selepas kecederaan lutut berulang tetapi saya sangat gembira dengan keputusan itu. Kecederaan itu pulih 80 peratus tetapi sokongan daripada penyokong membantu kami berjuang dengan gigih,” kata Ee Yi.

Yew Sin-Ee Yi kini berada di tempat ke-11 dalam ranking kelayakan Olimpik manakala satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada di tempat keempat.

Sebuah negara hanya boleh mempunyai maksimum dua wakil dalam setiap kategori dalam Sukan Olimpik jika kedua-duanya berada di kedudukan lapan teratas.

Sementara itu, kempen beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See berakhir selepas tewas kepada pilihan kelima dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 14-21, 14-21.

Peng Soon mengakui lawan berada di puncak permainan mereka dan kecewa kerana tidak dapat memberikan penyokong tuan rumah sesuatu untuk bersorak dalam penampilan terakhir mereka di Terbuka Malaysia.

Oleh itu, Peng Soon berharap untuk kembali ke Axiata Arena dengan lebih kuat dalam Malaysia Masters 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 21-26 Mei ini.

Zhen Bang-Ya Xin akan menentang pilihan ketiga, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung selepas pasangan Korea Selatan itu menumbangkan gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, 21-12, 21-16. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings