the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan titah adendum 5 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Abdul Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh turut mengarahkan pihaknya memfailkan hujahan bertulis tambahan jika ada sebelum keputusan dibuat.

“Terdapat perintah daripada hakim sebelum prosiding bermula bahawa orang awam termasuk wartawan tidak boleh mengikuti prosiding kerana ia dijalankan secara dalam kamar,“ katanya kepada pemberita selepas prosiding selesai.

Ditanya mengenai kertas kausa iaitu afidavit saksi yang menyokong permohonan Najib, beliau berkata dokumen itu sepatutnya tidak boleh diakses oleh orang awam.

Najib, 70, memfailkan permohonan itu pada 1 April lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara lain, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.

Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings