the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JASIN: Seorang kerani wanita “berputih mata” apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pelaburan rendah dengan keuntungan besar menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata kerani bank berusia 52 tahun itu pada mulanya dihubungi oleh seorang suspek wanita pada 5 Okt lepas yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perunding agensi pelaburan.

“Suspek telah menerangkan kepada mangsa mengenai skim dan pelan pelaburan selama tiga hingga enam jam yang mampu memperolehi keuntungan sebanyak RM15,467 dengan pelaburan serendah RM300.

Suspek juga telah menarik minat mangsa dengan memberitahu bahawa pelaburan ini tiada caj broker, tiada caj tersembunyi, pemindahan pulangan dengan segera dengan kos pelaburan rendah dan membawa pulangan keuntungan besar,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Jamil berkata mangsa kemudiannya bersetuju untuk melabur dan membuat satu transaksi berjumlah RM300 ke dalam akaun bank atas nama seorang lelaki bagi memulakan pelaburan itu.

Beliau berkata mangsa juga membuat 64 transaksi ke dalam 31 pemilik akaun berjumlah RM585,400 dengan pelbagai tujuan bagi pelaburan itu.

“Namun sehinggalah pada 27 Okt lepas, mangsa diberitahu kononnya dia diminta pihak syarikat telekomunikasi membuat bayaran pendahuluan bagi menyelesaikan bil telefon untuk pelaburan itu sebanyak RM10,000 dan berasa tertipu untuk membayar bil tersebut.

Mangsa kemudiannya membuat laporan pada 7 Nov lepas kira-kira pukul 11.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan memberitahu sumber kewangan untuk pelaburan itu daripada wang simpanan selain barang kemas yang dijual dan digadai untuk pelaburan tidak wujud itu,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img