the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Guan Eng: Mahkamah benar pernyataan saksi utama diserah kepada peguam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan sebahagian pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng (gambar) membabitkan terowong dasar laut Pulau Pinang diserahkan kepada pembelaan bagi prosiding mencabar kredibiliti saksi.

Dokumen itu adalah salinan pernyataan bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli untuk digunakan oleh pembelaan yang sebelum ini dibenar memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi itu.

Ia bagi menentukan sama ada wujud percanggahan kenyataan Zarul Ahmad yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes ahli perniagaan G. Gnanaraja di Mahkamah Shah Alam dengan kenyataan saksi itu di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada prosiding hari ini, Hakim Azura Alwi berkata mahkamah berpuas hati dan memutuskan 31 daripada 108 muka surat pernyataan Zarul Ahmad yang relevan dengan kes ini dibenarkan untuk diserah kepada pembelaan bagi memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi itu.

“Pernyataan yang relevan itu melibatkan muka surat lima hingga 14, 23 hingga 27, 52 hingga 53, 69 hingga 72 dan 99 hingga 108,“ katanya.

— LAGI

MAHKAMAH-LIM GUAN ENG 2 KUALA LUMPUR

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudian memohon masa selama dua minggu untuk menyerahkan dokumen itu kepada pembelaan.

Mahkamah kemudian memerintahkan dokumen itu diserah sebelum 17 Jan ini iaitu sebelum prosiding mencabar kredibiliti saksi berlangsung pada 26 dan 27 Feb.

Peguam RSN Rayer pula memaklumkan mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu dalam kes tersebut iaitu Gobind Singh Deo tidak lagi mewakili Lim susulan pelantikan beliau sebagai Menteri Kabinet.

“Kami memerlukan masa untuk meneliti dan membuat persiapan bagi prosiding mencabar kredibiliti,“ katanya.

Sebelum ini, Azura mengarahkan salinan rakaman percakapan Zarul Ahmad dikemukakan kepada mahkamah terlebih dahulu untuk diteliti dan dibaca sebelum diserah kepada pembelaan.

Lim, 60, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings