the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes tembakan di KLIA: suspek ditahan di Kelantan – KPN

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam, ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Katanya satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings