the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT sasar kutipan RM400 juta menerusi PBTPay tahun ini

PUTRAJAYA: Sebagai usaha transformasi digital, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan kutipan RM400 juta tahun ini menerusi inisiatif PBTPay yang akan diperluaskan ke 102 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung, kata Menterinya Nga Kor Ming (gambar).

Beliau berkata PBTPay merupakan portal pembayaran sepusat rasmi bagi PBT yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah KPKT dan setakat ini terdapat 99 PBT menggunakan khidmat berkenaan bagi pembayaran antaranya cukai taksiran, kompaun dan sewa.

“Sejak diperkenal pada 2021, PBTPay berjaya kutip RM600 juta dan tahun ini sahaja kita sasar RM400 juta jumlah kutipan. Saya rasa ini antara transformasi digital yang akan diterus diperhebatkan oleh KPKT.

“Kita ada 155 PBT secara keseluruhan, di Sabah dan Sarawak kita galakkan juga guna PBTPay tetapi mereka ada ordinan tersendiri. Namun, kita akan memperhebatkan usaha dengan mempelawa Sabah dan Sarawak turut serta bagi memudahkan urusan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Bersama Warga KPKT Tahun 2024 di sini hari ini.

Majlis amanat yang berlangsung secara hibrid itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib.

Nga dalam amanatnya turut menyampaikan pesanan agar falsafah kepimpinan warga KPKT adalah berteraskan prinsip Rukun Negara dengan tagline #strongertogether, #unityindiversity dan #demipertiwi akan terus diperkukuhkan di setiap peringkat dalam kementerian berkenaan.

Beliau berkata kesejahteraan rakyat menerusi pembinaan rumah mampu milik dan model baharu bagi program perumahan rakyat akan terus menjadi keutamaan KPKT bagi tahun ini, selain kemudahan infrastruktur bagi kemudahan rakyat.

“Sebanyak 5,196 projek prasarana awam telah siap dibina pada 2023 dan bagi 2024, tidak kurang 5,000 projek akan dilaksana dengan peruntukan RM784 juta,” katanya.

Bagi mengukuhkan fungsi kerajaan tempatan, turut disasarkan pelaksanaan ‘One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus di PBT yang bertaraf bandar raya dan majlis perbandaran yang melibatkan 30 PBT.

OSC Online merupakan sistem elektronik untuk membuat penyerahan permohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan yang melibatkan pemohon seperti perancang bandar, arkitek dan jurutera.

Selain itu, Nga berkata KPKT juga akan mengenakan larangan menebang pokok selaras dengan prinsip persekitaran mampan kecuali sekiranya ia membahayakan keselamatan awam selain memperhebatkan inisiatif tandas ‘BMW’ iaitu Bersih, Menawan dan Wangi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings