the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN arah semua ketua polis negeri tingkat kawalan di kawasan sekolah

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengarahkan semua Ketua Polis Negeri memperhebat kawalan dan rondaan di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar, guru serta warga pendidik sentiasa terjamin.

Beliau berkata arahan itu turut merangkumi pelaksanaan rondaan berkala oleh unit rondaan, risikan jenayah serta pasukan pemantauan khas bagi memastikan keselamatan sekolah terus terpelihara.

Mohd Khalid menekankan langkah ini juga bertujuan mengesan lebih awal sebarang ancaman atau aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman di kawasan sekolah.

“Jika ada keperluan, Unit Kereta Peronda boleh menjalankan rondaan di sekitar kawasan sekolah dalam tempoh satu hingga lima minit bagi meninjau dan memastikan tahap keselamatan di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh aspek keselamatan di sekolah, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya anggota polis ditempatkan di sekolah di seluruh negara.

Katanya usaha mempertingkatkan rondaan di sekolah bukan sekadar memastikan keselamatan fizikal, tetapi juga membina keyakinan masyarakat terhadap kehadiran polis sebagai rakan strategik dalam komuniti pendidikan.

Semalam, Anwar berkata Kerajaan bersetuju untuk meneruskan langkah meletakkan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar selepas melihat kepada masalah buli, penderaan dan jenayah di sekolah yang semakin berleluasa.

Mohd Khalid berkata PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui rangkaian lebih 9,000 sekolah yang kini mempunyai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi memperkukuh hubungan antara pihak polis dan pentadbiran sekolah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings