the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM rancang bekerjasama dengan Gardenia KL, perkasa program Bengkel Daya

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat untuk bekerjasama dengan Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (Gardenia KL) bagi memperkasakan program Bengkel Daya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu akan menjadi inisiatif kerjasama berpotensi untuk peningkatan kemahiran dan perkongsian pengetahuan teknologi, khususnya dalam seni pembuatan roti dan pastri.

“Langkah ini akan membantu pelatih Bengkel Daya dalam meningkatkan kualiti produk mereka. Selain itu, ia juga mencipta peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan muda daripada institusi JKM kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

“Ia juga sejajar dengan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) berterusan Gardenia melalui program Gardenia Cares dan kerjasama ini akan menumpukan kepada sasaran demografi kementerian, menangani keperluan khusus mereka dengan lebih berkesan,“ katanya ketika berucap pada pelancaran semula program lawatan kilang Gardenia Bakeries KL di sini hari ini.

Bengkel Daya ialah bengkel perlindungan di bawah JKM khusus untuk OKU yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka, yang menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan roti dan pastri bagi memberikan mereka sumber pendapatan.

Pada masa ini, terdapat dua Bengkel Daya yang diuruskan oleh JKM masing-masing di Klang, Selangor dan Sungai Petani, Kedah.

Nancy berkata kementeriannya sentiasa menghargai dan menerima perkongsian serta sokongan daripada organisasi swasta seperti peranan berharga Gardenia KL sebagai rakan dalam membantu mangsa bencana alam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia KL Koh Chin Huat berkata syarikat itu sangat aktif dalam program jangkauan komuniti menerusi Gardenia Cares dan bekerjasama dengan JKM dalam membantu mangsa bencana seperti banjir, sepanjang tahun.

“Bermula akhir 2023 hingga sekarang, kami telah menyumbang lebih 300,000 unit produk bernilai kira-kira RM420,000. Gardenia KL ingin memastikan bahawa kami akan terus menyokong dan menyumbang kepada tujuan ini,“ katanya.

Sementara itu, Koh berkata program Lawatan Kilang Gardenia dilancarkan semula hari ini selepas ditangguhkan sementara hampir empat tahun sejak Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan turut terjejas akibat banjir pada Disember 2021. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings