the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kulasegaran: Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan

KUALA LUMPUR: Format baharu pengisytiharan aset anggota pentadbiran kerajaan serta Ahli Parlimen sudah dimuktamad dan akan dibawa untuk penelitian lanjut Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran (gambar) berkata cadangan format baharu itu telah dibentang dan dipersetujukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional siri dua yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Jan lepas.

Beliau berkata format itu adalah penambahbaikan daripada konsep pengisytiharan aset oleh Ahli Parlimen yang pernah dilakukan pada 2018.

“Berbanding 2018, kita hanya isytihar apa harta kita ada dan nilainya, kali ini lebih tepat dan telus termasuk sekiranya ada aset, ia perlu diisytihar lengkap dengan harga asal dan waktu aset itu diperoleh.

“Seterusnya kena maklum nilai semasa aset berkenaan kemudian kita juga akan lakukan perbandingan harga asal dan nilai semasa sesuatu aset,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai Pelan Implementasi Reformasi Institusi pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai cadangan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Kulasegaran berkata kerajaan sudah memulakan kajian berdasarkan keterangan membabitkan tiga negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom bagi mendapatkan kaedah amalan terbaik berhubung perkara itu.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said juga telah mengadakan perbincangan awal dengan Menteri Keadilan dan Peguam Negara Kanada serta Setiausaha Rendah Parlimen bagi Kementerian Kehakiman United Kingdom, semalam.

“Pertemuan yang diadakan ketika Datuk Seri Azalina menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2024 di Zanzibar, Tanzania semalam adalah sebahagian daripada permulaan Kajian Empirikal Berkaitan Cadangan Pengasingan Kuasa yang disokong oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Kulasegaran berkata pada masa sama, kerajaan juga melakukan kajian menyeluruh mengenai cadangan untuk menetapkan had tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri.

“Ini termasuk giat melakukan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kajian perbandingan pelaksanaan tempoh perkhidmatan Menteri, Perdana Menteri dan Presiden negara luar yang mengamalkan sistem monarki dan raja berperlembagaan termasuk republik,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings