the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman di Lubnan

PETALING JAYA: Kumpulan kedua MALBATT Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (gambar) berkata kumpulan kedua itu terdiri daripada 16 pegawai dan 193 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta tujuh anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-11, Lt Kol Zainol Abdul Samad.

Beliau berkata pemergian kumpulan kedua itu amat penting dalam usaha merealisasikan komitmen ATM selaku misi pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB, khususnya di Lubnan.

“Penglibatan ATM melalui Kontinjen MALBATT di Lubnan ini jelas berjaya mendapat pengiktirafan dan kepercayaan antarabangsa.

“Peranan dan penglibatan ini membuktikan Malaysia sangat komited dalam melaksana misi bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan, demi memastikan keamanan dan keselamatan sejagat dipertahankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghantaran Kumpulan Kedua MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, di sini hari ini.

Beliau berkata MALBATT 850-11 telah menjalani latihan khusus selama tiga bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“MALBATT 850-11 telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-10 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat 12 bulan,” katanya.

Adly berkata MALBATT 850-11 diaturgerakkan secara berperingkat menerusi empat kali penerbangan menggunakan pesawat Air Asia, dengan penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 dilaksanakan pada 2 Nov lepas, Kumpulan Ke-3 pada 12 Nov depan dan penghantaran Kumpulan Ke-4 empat hari kemudian.

Beliau berkata penugasan kali ini dilihat lebih mencabar ekoran konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.

Jelasnya konflik ini dilihat semakin tegang di antara kedua-dua pihak yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda.

“Sudah pasti konflik ini akan memberi kesan kepada situasi keselamatan di selatan Lubnan dan menjejaskan pengoperasian Kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 sekiranya ia berpanjangan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings