the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kutipan Tabung Musa’adah Jakim-YWM cecah hampir RM9 juta

PUTRAJAYA: Jumlah kutipan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (Jakim-YWM) kini mencecah RM8.8 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata dana daripada tabung berkenaan akan diagihkan secara berperingkat ke Palestin untuk dimanfaatkan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur.

“Kita beri tumpuan lebih kepada bantuan pasca konflik di Palestin. Cadangan kita adalah untuk bina hospital dan pusat dapur.

“Kita akan kerjasama dengan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) untuk bina kemudahan yang kita rancangkan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama strategik antara YWM dan LC Wakaful Digital Sdn Bhd serta penyerahan cek contoh Tabung Musa’adah Jakim-YWM di sini hari ini.

Tabung Musa’adah Jakim-YWM dilancarkan pada Oktober 2020 yang berfungsi sebagai tabung bantuan kemanusiaan kepada golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa.

Mengenai perjanjian kerjasama strategik, Mohd Na’im berkata ia bertujuan mempelbagaikan platform kutipan dan agihan wakaf melalui penggunaan platform bantuan sosial pintar GoBarakah.

“Melalui GoBarakah, masyarakat boleh berwakaf secara tunai atau membuat sumbangan melalui pembelian e-baucar yang kemudiannya akan diserahkan kepada YWM untuk tujuan agihan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Portugal defeat Croatia 2-1 to reach World Cup last 16

Portugal's forward #07 Cristiano Ronaldo celebrates after scoring his team's first goal from the penalty spot during the 2026 World Cup round of 32 football match between Portugal and Croatia at the Toronto Stadium in Toronto on July 2, 2026. (Photo by Cole Burston / AFP)

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings