the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan siasatan kebakaran kediaman Ngeh dijangka diketahui minggu ini

IPOH: Laporan hasil siasatan kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 10 Jan lalu dijangka siap sepenuhnya minggu ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata laporan itu membabitkan keputusan analisis dua bahan bukti utama iaitu ‘molotov cocktail’ yang diperoleh di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan bomba telah dilakukan secara menyeluruh, kita hanya menunggu pengesahan bagi menentukan bahan apa yang ditemui dalam dua bukti yang kita hantar ke makmal di Kuala Lumpur.

“Kalau ikut SOP, ia memerlukan tempoh 10 hari untuk memperoleh keputusan, jadi saya jangka kemungkinan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi keputusannya akan diperoleh bagi kita lengkapkan siasatan,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat Pengarah Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya di sini, hari ini

Sayani berkata siasatan yang dilakukan pihak bomba adalah bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sama ada melibatkan pembakaran atau disebabkan perbuatan khianat

“Sekiranya keputusan yang diperoleh daripada makmal menyatakan adanya unsur khianat di lokasi kejadian, maka kita akan membuat makluman kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,“ katanya.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings