the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada semua penghuni di institusi Jabatan Penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara, keutamaan lawatan diberi kepada penghuni yang beragama Kristian manakala waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

“Pelawat yang memilih untuk membuat perjumpaan secara dalam talian boleh berbuat demikian bermula 29 Dis hingga 31 Dis ini.

“Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pelawat juga diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.

Menurut jabatan itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan pelawat tertakluk kepada akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.

Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja dan terdapat tiga kaedah tempahan janji temu iaitu menerusi panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan selain menerusi sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka diminta menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,“ menurut kenyataan itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings