the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 700 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Kelantan

KOTA BHARU: Polis menahan 765 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis di seluruh Kelantan bagi tempoh 12 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) dalam kenyataan berkata kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 67 tahun terdiri daripada 744 lelaki dan 21 wanita termasuk dua penjawat awam.

Beliau berkata tumpuan operasi itu adalah di kawasan sasaran dikenal pasti iaitu di sarang penagih dadah yang menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Muhamad Zaki berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM271,636 dalam operasi berkenaan.

“Antara dadah yang dirampas ialah daun ketum seberat 19.8 kilogram, air ketum 152.93 liter, ganja seberat 11,555.41 gram (g), pil kuda seberat 2,242.98g dan heroin seberat 66.4g.

“Jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan untuk seramai 37,111 penagih dadah,“ katanya.

Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki memiliki 4,000 pil kuda seberat 426g bernilai RM60,000 di sebuah rumah berhampiran pangkalan haram Pohon Jambu, Jalan Bahagia di Rantau Panjang, di sini, 17 Mac lepas.

Muhamad Zaki berkata lelaki berumur 29 tahun itu ditahan pada 12.45 tengah hari dan disahkan positif dadah THC.

“Lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta direman selama tujuh hari mulai 18 Mac sehingga Ahad ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings