the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didenda RM300 ceroboh, lintas landasan LRT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh dan melintas landasan di Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, semalam.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Benard Chua, 20, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Platform Stesen LRT Pudu di sini pada 6.47 petang, 18 Dis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, namun Chua merayu hukuman ringan terhadapnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings