the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan bersama lori diubah suai untuk seleweng diesel

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan bersama lori yang diubah suai untuk menyeleweng minyak diesel bersubsidi di sebuah lombong di Muadzam Shah, Rompin menerusi Op Tiris 3.0 Rabu lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Jezlily Jamaluddin berkata lelaki berumur 45 tahun itu ditahan ketika sedang membuat pemindahan minyak dari lori dipandunya ke sebuah tangki skid di lombong berkenaan.

Beliau berkata tangkapan lelaki itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan dan bertindak melakukan risikan serta mendapati lori terbabit telah mengisi minyak sebanyak empat kali di tiga stesen minyak di sepanjang jalan di Pekan.

“Anggota penguat kuasa kemudiannya telah bertindak mengekori lori berkenaan sehingga lombong terbabit dan menahan lelaki itu selain merampas beberapa barangan.

“Individu berkenaan didapati menggunakan lori yang diubah suai dan boleh mengisi kira-kira 3,000 liter diesel yang diseleweng,” katanya pada sidang media di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata antara barangan dirampas ialah minyak diesel pada tangki tambahan lori sebanyak 2,400 liter, minyak diesel di dalam tangki skid 224 liter, lori tiga tan bersama tangki tambahan yang diubah suai dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan lebih RM75,000.

Mengulas lanjut, Jezlily berkata dua kertas siasatan telah dibuka iaitu kepada lelaki berkenaan dan pemilik tangki skid yang disita kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah akan melakukan kesalahan dan tidak memiliki permit menyimpan barang kawalan petroleum.

Sementara itu, beliau memaklumkan sepanjang perlaksanaan Op Tiris 3.0 bermula 1 Jan hingga 17 April, KPDN Pahang telah merekodkan 25 kes berkaitan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM806,000.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings