the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu pada 10.15 pagi.

“Mangsa dan ahli keluarganya dari Kota Tinggi datang ke pantai berkenaan sejak semalam dan berkhemah serta bermalam di situ.

“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang ketika sedang bermandi-manda di pantai pagi tadi sebelum ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat pada 11.10 pagi,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings