the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LHDN peroleh penghakiman terus dalam kes tunggakan cukai Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) kerana gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan Isnin depan bagi menentukan jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad Shafee kepada LHDN.

Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata berdasarkan afidavit, Muhammad Shafee tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan itu dan tiada isu yang memerlukan keterangan saksi pada perbicaraan penuh.

Beliau berkata jumlah cukai yang gagal diperoleh daripada defendan telah menjadi hutang kepada kerajaan kerana tempoh pembayaran sudah luput.

“Keputusan untuk memasukkan penghakiman terus adalah bagi mengelakkan perbicaraan penuh. Dalam keadaan seperti ini, penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan,“ katanya.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan bagi penghakiman terus selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan kes itu.

Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam manakala Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad mewakili LHDN.

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon agar samannya terhadap Muhammad Shafee, yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar tunggakan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings