the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah papan markah (scoreboard) bola sepak yang tidak berfungsi dan rosak di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum perlawanan pertama rasmi Liga Malaysia (Liga-M) pada 10 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad (gambar) berkata isu berkenaan antara yang menjadi tumpuan yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

“Isu ini mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.

“Saya sendiri sedang mengadakan perbincangan akhir dengan Perbadanan Stadium untuk menyelesaikan masalah ini sama ada membaiki atau mencari alternatif lain,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Zamakhshari berkata selain isu terbabit pihak kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan bagi menyelesaikan beberapa isu lain di stadium itu secara berperingkat.

“Perbadanan stadium dalam proses dan menyiapkan dokumen tender bagi sistem perparitan stadium, insya-Allah kita jangka kontraktor akan masuk pada pertengahan musim liga.

“Begitu juga dengan pemasangan kerusi di tempat duduk penyokong, kita akan pasang secara berperingkat dan jumlah awal yang dipasang ketika ini berdasarkan kepada maksimum kehadiran penyokong pada musim lepas,“ katanya.

Menurut Zamakhshari bagi menyelesaikan masalah yang terdapat di stadium itu, pihaknya akan melihat kemampuan kewangan.

“Masalah rumput kita memerlukan kos yang tinggi sebanyak RM300,000 setahun bagi penyelenggaraan padang stadium,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings