the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima lelaki bebas pertuduhan bunuh wanita warga emas

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas dan mencederakan cucu lelaki mangsa di sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor lima tahun lepas.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes terhadap A. Sri Mahavishnu, 42, S. Kannadasan, E. Venthaan, T. Devaraju dan K. Vikkines Varan, kesemuanya berusia 33 tahun.

“Dalam kes ini, isu utama adalah berkenaan identiti… pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan saksi mereka… selepas mengambil kira keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah… oleh yang demikian, mahkamah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh,“ katanya.

Mereka didakwa membunuh P. Runkanaikey, 78, di sebuah rumah di Jalan Rose Biru, Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam antara 3.30 hingga 4.30 pagi 12 Ogos 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Kesemua tertuduh juga didakwa mencederakan N. Silamparasan, 27, dengan menetak tangan, bahu dan kaki mangsa pada tarikh dan di lokasi sama mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat, GS Gabriel dan Dinesh Muthal.

Seramai 14 saksi pendakwaan dan 12 saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes yang bermula pada 15 Nov 2021. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings