the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, pertemuan dengan pihak JAIN, PDRM, MCMC dalam masa terdekat

PUTRAJAYA: Susulan isu logo kasut keluaran Vern’s Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah Allah, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab dalam masa terdekat, bagi menyelaras tindakan bersepadu menangani isu tersebut.

Ia termasuk pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (gambar) berkata menjadi komitmen utama jabatan itu untuk menjaga kesucian agama Islam dan maslahat umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa, kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah Allah.

Mengulas mengenai pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo hari ini, Mohd Na’im berkata jabatannya menyerahkan proses selanjutnya kepada siasatan PDRM.

“JAKIM telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan. Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak PDRM,” katanya.

Mohd Na’im dalam pada itu menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil apa-apa langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Beliau berkata menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku, agar keharmonian dan perpaduan dalam negara sentiasa terpelihara, pada masa sama semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi tersebut, agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings