the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Persekutuan tetap 25 Jun dengar rayuan Family Frontiers

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Jun ini untuk mendengar rayuan terhadap keputusan penafian hak kerakyatan yang difailkan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam ibu warga Malaysia.

Ia berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos, 2022, yang memutuskan bahawa kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, yang mewakili kerajaan berkata tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Suhaila Haron ketika pengurusan kes itu hari ini.

Liew ketika dihubungi berkata tarikh sama juga ditetapkan untuk mendengar rayuan oleh wanita yang dilahirkan di India, Mahisha Sulaiha Abdul Majeed, yang mahu mendapatkan deklarasi sebagai warganegara Malaysia.

Pada 14 Dis 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada kesemua perayu bagi meneruskan rayuan mereka.

Dalam kes sivil, litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia dengan pasangan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept 2021.

Sementara itu dalam kes Mahisha, Mahkamah Rayuan pada hari sama (5 Ogos 2022), tidak membenarkan rayuan wanita itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang menolak saman yang difailkan beliau untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau berhak menjadi warganegara Malaysia.

Mahisha yang dilahirkan di India, yang ibunya rakyat Malaysia dan bapa warga India memfailkan saman pemula, menamakan ketua pengarah JPN, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings