the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia dan Brazil komited tingkat hubungan dua hala pelbagai sektor

Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum komitmen Malaysia-Brazil perkukuh hubungan dalam semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Brazil bertekad memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga dan pembangunan insan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kedua-dua negara juga berhasrat memperluas kerjasama dalam bidang semikonduktor, teknologi makanan, pendidikan dan budaya.

Beliau berkata Malaysia memiliki kepakaran dalam bidang semikonduktor yang boleh dikongsikan dengan Brazil manakala Brazil pula memiliki kelebihan dalam teknologi makanan.

“Kami turut membincangkan kemungkinan untuk meningkatkan import produk ternakan dari Brazil,” katanya pada sidang media bersama Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva selepas mesyuarat dua hala di Seri Perdana.

Anwar menekankan Malaysia dan Brazil berpotensi menjadi rakan kongsi utama dalam memacu kerjasama lebih mendalam antara ASEAN dan rantau Amerika Selatan.

“Marilah kita pastikan kedua-dua negara dan rantau kita iaitu Amerika Latin dan ASEAN menjalinkan kerjasama erat,” katanya.

Perdana Menteri turut memuji pendirian Lula dalam menentang kekejaman terhadap rakyat Palestin serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Beliau menyifatkan Presiden Brazil itu sebagai antara segelintir pemimpin dunia yang berani bersuara menentang kekejaman tersebut.

Anwar mengucapkan tahniah kepada Lula atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lula kini berada di Malaysia bagi mengadakan lawatan rasmi dari 25 hingga 27 Oktober dan dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memulakan penggal baharu sebagai Presiden Brazil pada Januari 2023.

Lawatan ini juga menandakan lawatan pertama seorang Presiden Brazil ke Sidang Kemuncak ASEAN selepas negara itu menjadi rakan dialog sektoral blok berkenaan pada 2022. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Bupa Hong Kong Broadens Network Across Hong Kong and Mainland China, Offering Access to Over 6,500 Hospitals and Service Points

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Bupa Hong Kong ("Bupa") is proudly expanding its healthcare network to offer customers seamless, personalised and comprehensive care across Mainland China and Hong Kong.
spot_img

Popular Categories