the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas wartawan FMT akan dibebaskan selepas rakaman percakapan selesai

Bekas wartawan FMT akan dibebaskan selepas polis selesai merakam percakapannya berhubung siasatan wacana Palestin, kata Menteri Dalam Negeri.

KULIM: Seorang bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT) yang ditahan akan dibebaskan setelah polis selesai merakam percakapannya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Polis Negara pagi tadi.

“Saya dimaklumkan bahawa bekas wartawan terbabit akan dibebaskan selepas selesai dirakam percakapannya,” katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan keputusan lanjut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan lengkap diserahkan.

Saifuddin menegaskan polis hanya melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan undang-undang dipatuhi.

“Apabila ada aduan, polis akan mempertimbangkan tindakan lanjut, itu proses pertama,” jelasnya.

Beliau berkata beliau menghormati kebebasan bersuara tetapi kebebasan itu harus datang dengan tanggungjawab.

Saifuddin berkata bekas wartawan itu membuat perbandingan yang tidak tepat antara keadaan di Palestin dengan layanan terhadap komuniti Cina di Malaysia.

“Jawapan daripada ahli Parlimen itu pun sangat jelas, maknanya perbandingan itu tidak tepat langsung,” katanya.

Beliau menambah media berkenaan telah tampil memohon maaf dan menyatakan perkara itu bukan pendirian agensi mereka.

“Ada yang tak setuju (bekas wartawan) ditahan atas prinsip kebebasan bersuara dan di satu sisi lain berpendapat perkara ini sudah cross the line,” ujarnya.

Bekas wartawan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video yang membangkitkan isu perkauman dalam satu wacana mengenai Palestin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings