Sunday, November 23, 2025
30.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia koordinasi bantuan banjir Hatyai dengan kerajaan Thailand

Malaysia lakukan koordinasi bantuan dengan Thailand untuk rakyat Malaysia terkandas banjir di Hatyai, termasuk sediakan kenderaan berat untuk pulang.

BAGAN DATUK: Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia juga akan memperoleh maklumat terkini berkenaan situasi banjir menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

“Kita akan mendapat maklumat terkini daripada Konsul Jeneral kita di Songkhla, serta koordinasi akan dibuat dengan Kementerian Luar dan mungkin dengan kerajaan Thailand dan juga Gabenor di wilayah Songkhla untuk kita berikan bantuan kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah seboleh mungkin mereka mahu pulang cepat ke negara kita dan mungkin kita sediakan kenderaan berat untuk mengangkut mereka.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya berkenaan langkah diambil kerajaan sekiranya mangsa yang juga rakyat Malaysia terus terkandas di wilayah itu akibat banjir.

Media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas berikutan banjir di Hatyai dan beberapa kawasan di sekitar selatan Thailand dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Mengulas berkenaan laporan media itu, Ahmad Zahid berkata dijangkakan air akan surut pada tengah hari ini dan berharap koordinasi dapat dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia yang terperangkap.

“Terutamanya para pelajar dan guru yang terperangkap, kira-kira 40 orang dan kita harap mereka bekerjasama dengan Konsul Jeneral di Songkhla untuk dapat kembali ke tanah air,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata beliau telah membentangkan kepada Jemaah Menteri bahawa kesiapsiagaan melalui Jawatankuasa Bencana Pusat dan NADMA telah digerakkan bermula 13 Nov lepas.

“Kini terdapat enam negeri yang terlibat, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta sedikit di utara Perak,” katanya.

Beliau berkata koordinasi telah diadakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia, JPS, Jabatan Bomba dan agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan amaran awal dipatuhi.

Ditanya langkah diambil kerajaan sekiranya terdapat calon SPM yang terperangkap dalam bencana banjir, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pendidikan mempunyai langkah-langkah yang akan dilaksanakan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories