the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar).

Beliau berkata antara projek pembangunan infrastruktur awam yang dijalankan di TRM ialah pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penggantian dibuat mengikut jenis TRM yang sama dan tidak melebihi luas tanah rizab yang dibatalkan.

Amirudin juga menzahirkan keyakinan kerajaan negeri berada di landasan yang betul dalam memastikan TRM dapat dipertahankan di negeri itu.

“Dalam hal ini, kita juga sedang memikirkan bagaimana kawasan TRM diberi nilai tambah selaras pengumuman Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) baru-baru ini,” katanya menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang mendapati Pengurusan TRM di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor secara keseluruhannya dirumuskan adalah kurang cekap serta berkesan.

Semasa KEB2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Skim Perumahan MADANI akan diwujudkan untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik di atas TRM dalam kadar segera bagi menjamin kesejahteraan kaum itu di bandar.

Persidangan DUN Selangor bersambung esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings