the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Prestasi kewangan PKNS baik, masih raih keuntungan

SHAH ALAM: Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) memaklumkan prestasi kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berada dalam keadaan baik, dan masih memperoleh keuntungan.

Beliau berkata aliran tunai PKNS juga berada ditahap yang baik, sekali gus menepis dakwaan anak syarikat kerajaan negeri itu berada dalam keadaan teruk dan menanggung hutang sebanyak RM5.7 bilion.

“PKNS masih memperoleh keuntungan daripada pendapatan utama operasinya. Aliran tunai PKNS juga berada pada tahap yang lebih baik dan ia mampu membayar semua liabiliti perbadanan itu,“ katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) yang bertanya sama ada PKNS sedang menanggung hutang yang besar berjumlah RM5.7 bilion.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata pendapatan utama PKNS adalah berdasarkan operasi dan bukannya daripada sukuk atau pinjaman yang dibuat.

“Sumber pendapatan PKNS dari 2018 hingga 2022 adalah daripada jualan bangunan, penjualan tanah dan penswastaan.

“Pendapatan utama PKNS pada tahun-tahun itu adalah daripada penjualan tanah yang berjumlah kira-kira 60 hingga 80 peratus daripada keseluruhan pendapatan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings