the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC, NGO bekerjasama memerangi jenayah seksual kanak-kanak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memerangi jenayah seksual berkaitan kanak-kanak di negara ini.

Kerjasama berkenaan telah dibincangkan menerusi satu pertemuan susulan kunjungan Yayasan Chow Kit (YCK) serta beberapa NGO ke atas MCMC yang diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC Derek Fernandez semalam.

MCMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kunjungan itu bagi membincangkan isu amang seksual dan pengantunan seksual dalam talian serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Antara intipati perbincangan melibatkan statistik kes serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif antara suruhanjaya itu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan NGO berkenaan.

“Ini sebagai usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia,“ menurut kenyataan itu.

Pertemuan dan perbincangan di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohammad Fauzi Md Isa, Ahli Suruhanjaya MCMC Datuk Wei Chuan Beng dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

Turut hadir wakil PDRM diketuai Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak Supt Hirdawati Isa serta Pengasas YCK Datuk Hartini Zainudin.

Antara NGO yang hadir terdiri daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti, Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings