the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MET Malaysia: Hujan berterusan di timur Sabah, Sarawak Khamis dan Jumaat ini

KUCHING: Hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan timur Sabah dan Sarawak pada Khamis dan Jumaat ini berikutan peningkatan kelembapan yang dibawa angin timuran ke kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“MET Malaysia juga telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan di Sarawak pada hari yang sama,“ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook MET Malaysia di sini, hari ini.

Muhammad menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings