the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Meta kenakan langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja di Facebook, Instagram

WASHINGTON: Syarikat Meta akan mengenakan langkah keselamatan baharu ke atas akaun pengguna remaja untuk melindungi mereka daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan umur untuk hasil carian serta explore page di Facebook dan Instagram.

Pengguna remaja juga akan diminta untuk mengemas kini tetapan privasi mereka, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Platform media sosial itu akan mengalih keluar kandungan mengenai bunuh diri, gangguan makan dan mencederakan diri sendiri dengan sengaja daripada akaun pengguna remaja di Facebook dan Instagram, meskipun kandungan itu dikongsi oleh pengguna yang mereka ikuti.

Menurut Meta walaupun kandungan ‘mencederakan diri sendiri dengan sengaja’ boleh membantu mengurangkan stigma berhubung isu ini, namun ia adalah topik yang agak rumit dan tidak sesuai untuk semua golongan muda.

Meta turut akan menyembunyikan hasil yang berkaitan dan seterusnya mengubah hala carian ke talian bantuan atau sumber lain untuk pengguna mendapatkan bantuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings