the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India

KUALA LUMPUR: Pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (gambar) berkata ia boleh dilaksanakan melalui pelaksanaan program berimpak tinggi, sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu ‘memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi’ yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.

“Saya menyambut baik penstrukturan dan penyusunan semula agensi tersebut yang dianggap sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan kementerian dan agensi-agensi berkenaan.

“KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron berkata program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan peluang keusahawanan juga akan terus diperkukuh bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40).

Katanya dalam kerangka Ekonomi MADANI, turut ditekankan komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar semua kaum di Malaysia, dan sehubungan itu, KPN akan meneliti semula pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat dalam memperkasakan komuniti India di Malaysia.

“Saya berharap agar penstrukturan ini dapat membawa impak positif dan kesediaan kementerian untuk terus menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan MITRA yang ketika itu di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah KPN selepas penyusunan semula Kabinet pada 12 Dis tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings