the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled: Projek rumah SASaR Sungai Besi siap lebih 65%

KUALA LUMPUR: Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65.51 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata status terkini kemajuan projek perumahan itu adalah 21 hari lebih awal berbanding jadual asal.

“Projek ini melibatkan 3,500 unit rumah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak ke Perumahan Projek SASaR di Sungai Besi di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata selain projek SASaR di Sungai Besi, projek SASaR lain ialah Kem Wardieburn dan Setapak yang merupakan projek rintis Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan setiap anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pekerja awam kementerian itu dapat memiliki rumah sendiri, selaras dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 di bawah Teras 3 iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

Beliau berkata pelaksanaan projek SASaR di Kem Wardieburn dan Setapak dijangka bermula tiga bulan lagi.

“Ini sebagai satu projek rintis yang digunakan untuk melihat pelaksanaan dan kejayaan sebelum merancang (pembinaan rumah SASaR) diperluas di tempat lain di seluruh negara.

“Selain itu, kita dapat menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan sejauh mana pencapaian yang dilaksanakan pihak swasta, pemaju yang berjaya diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya,” katanya.

Projek SASaR Wardieburn menyediakan 974 unit pangsapuri manakala projek SASaR Setapak menawarkan 6,400 unit pangsapuri dengan keseluruhan sebanyak 10,874 unit rumah akan dibina melalui tiga projek perumahan tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings