the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MUIS roboh 67 daripada 550 struktur haram di Kampung Gersik

LABUAN: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah merobohkan 67 struktur haram yang telah dikosongkan di Kampung Gersik/Saguking di sini sejak semalam.

Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliif Al’ain Jasni berkata MUIS sebagai pemilik tanah telah mengeluarkan notis enam bulan pada 22 Mei lepas, memaklumkan penghuni untuk mengosongkan premis terbabit bagi projek pembangunan.

Beliau berkata bagaimanapun MUIS menghormati permintaan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman agar perobohan itu ditangguhkan selama tiga bulan bagi rumah yang masih didiami.

“Penduduk yang diberi peluang tiga bulan tambahan ini oleh MUIS patut mengambil peluang untuk mendapatkan kediaman baharu sebelum tarikh akhir 28 Feb 2024,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Putera Aliif berkata perobohan itu akan dilaksanakan dalam tiga zon dan kini MUIS memfokuskan pada zon dua dan tiga.

Beliau berkata berdasarkan bancian, MUIS mengenal pasti sejumlah 550 struktur haram dan daripada jumlah itu terdapat 479 rumah didiami oleh 2,656 orang.

“Menerusi bancian pihak kami, 54 peratus merupakan bukan warganegara Malaysia manakala baki 46 peratus adalah warganegara Malaysia,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings