the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

N.Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melakar prestasi cemerlang dengan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata hasil bukan cukai menyumbangkan kutipan tertinggi sebanyak RM325 juta, terimaan bukan hasil sebanyak RM63.9 juta manakala hasil cukai sebanyak RM152.3 juta.

“Dengan semangat yang cukup tinggi termasuk daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri, kita berjaya meningkatkan pendapatan, ia sesuatu yang baik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah berjaya melaksanakan sebahagian besar inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang terus memberikan impak positif kepada tahap kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri akan terus berusaha keras untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta serta melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah sembilan Teras Aspirasi dan Skim Sejahtera Rakyat di bawah Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

“Kita sasar (jumlah hasil) sebanyak RM520 juta namun saya yakin kita mampu capai sehingga RM600 juta dan mengutip jumlah hasil yang lebih baik tahun ini,” katanya.

Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan ‘Bersama Membina Negeri MADANI’ berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings