the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NACCOL gesa Kawal Selia Padi dan Beras segera edar beras putih tempatan

KUALA TERENGGANU: Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (gambar) berkata berdasarkan tinjauan pihaknya melalui Pasukan Penggerak MADANI, hanya sebilangan kecil pasar raya yang mempunyai bekalan beras putih tempatan.

“Pasukan saya sebanyak 70 orang setiap dua hari akan pergi ke sekurang-kurangnya 70 lokasi untuk memantau dan memastikan keberadaan beras putih tempatan di pasar raya.

“Laporan daripada pasukan ini mendapati hanya sedikit sahaja pasar raya yang mempunyai beras putih tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Beliau berkata bekalan beras putih tempatan yang dijual pada harga siling RM26 untuk setiap 10 kilogram amat diperlukan rakyat terutama pada bulan puasa ini dan menjelang Aidilfitri nanti.

Sebelum ini Mesyuarat NACCOL Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu kekurangan beras di pasaran.

Antara tindakan itu ialah kerajaan mengarahkan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings