the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nadma: Lebih 25,000 mangsa banjir, tanah runtuh dipindah ke PPS

KUALA LUMPUR: Sejumlah 25,438 mangsa dipindahkan ke 199 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor yang dilanda banjir serta tanah runtuh.

Laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan setakat 12 tengah hari tadi, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,006 orang daripada 4,288 keluarga yang berlindung di 94 PPS di lapan daerah.

Daerah yang terjejas di negeri itu ialah Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 11,216 mangsa daripada 3,444 keluarga yang ditempatkan di 72 PPS di enam daerah terjejas, 12 tengah malam tadi.

Terengganu pula menjadi negeri kedua dengan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 10,643 orang daripada 2,913 keluarga yang ditempatkan di 134 PPS di tujuh daerah, bertambah berbanding 6,724 orang daripada 1,791 keluarga di 110 PPS, malam tadi.

Daerah yang terjejas membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Pahang pula mencatatkan sedikit penurunan kepada 785 mangsa daripada 187 keluarga petang ini yang berlindung di 13 PPS di Lipis, Raub dan Cameron Highlands, berbanding 791 mangsa daripada 187 keluarga di 16 PPS malam tadi.

Daripada jumlah itu, 87 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Cameron Highlands susulan tanah runtuh.

Selangor kekal merekodkan empat mangsa daripada satu keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS yang dibuka di Kuala Langat, Selangor.

Setakat waktu sama, di Kelantan, paras air Sungai Kelantan di Kuala Krai, Machang dan Gua Musang serta Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan tahap bahaya, manakala di Terengganu bacaan sama direkodkan di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Setiu, serta Sungai Kemaman dan Sungai Dungun. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings