the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas di Lake Tekapo: Hanya seorang pelajar masih menerima rawatan susulan

PUTRAJAYA: Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan susulan di Hospital Christchurch, New Zealand susulan kemalangan jalan raya membabitkan lima pelajar Malaysia di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata dua lagi pelajar yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

Mengenai dua pelajar yang meninggal dunia dalam nahas itu, jenazah seorang daripada pelajar itu telah selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar telah dibawa pulang dan selamat dikebumikan di Malaysia.

Justeru menurut Wisma Putra segala urusan kebajikan pelajar terlibat telah selesai.

Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan New Zealand, Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti Canterbury, masyarakat Malaysia di Christchurch dan pihak lain yang terlibat, yang sama ada secara langsung atau tidak langsung, membantu dalam memudahkan dan memastikan kebajikan pelajar dijaga dengan baik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings