the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nanta: KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata beliau telah dimaklumkan oleh pegawai KKR berhubung perkara berkenaan dan setakat ini, projek itu berbaki dua peratus sahaja yang belum siap seperti dinyatakan Kementerian Pertahanan sebelum ini.

“Di peringkat KKR menerima baik pesanan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kelewatan projek tersebut) untuk melawat dan melihat keadaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Menteri Kerja Raya Bersama Warga Industri Lebuh Raya di Dewan Tan Sri M. Yusuff, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini.

Menurut Nanta, beliau akan menghadap Sultan Ibrahim dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu kelewatan projek pembinaan kolam selam tempur itu dan siasatan terperinci mengenainya masih dijalankan untuk memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

Pada Isnin lepas, Sultan Ibrahim menitahkan pihak bertanggungjawab membina kolam selam tempur berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan selain papan tanda projek telah dirobohkan.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata KKR menerima baik cadangan pembinaan jajaran lebuh raya baharu menghubungkan antara Tanjung Malim ke Lumut, kerana ia merupakan keperluan untuk menangani kesesakan jalan raya.

“Kita faham bahawa kawasan itu ada keperluannya malah dalam mesyuarat Kabinet (pagi tadi) pun dibincangkan keperluannya (untuk membina lebuh raya antara Tanjung Malim ke Lumut),” katanya sambil menambah cadangan projek berkenaan masih di peringkat perbincangan.

Pada 16 April, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembinaan lebuh raya berkenaan perlu dilaksanakan susulan projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim akan mula beroperasi bagi memudahkan perkhidmatan logistik dieksport melalui Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings