the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nilai kerja sektor pembinaan melonjak 9.6% kepada RM33.4b pada suku ketiga

KUALA LUMPUR: Nilai kerja sektor pembinaan Malaysia melonjak sebanyak 9.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2023 untuk mencatatkan sejumlah RM33.4 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata nilai kerja sektor pembinaan terus mengekalkan momentum positif untuk suku keenam berturut-turut (suku kedua 2023: 8.1 peratus).

“Momentum ini dipacu oleh pertumbuhan dua digit dalam subsektor kejuruteraan awam yang meningkat 17.1 peratus (suku kedua 2023: 10.4 peratus) serta peningkatan ketara dalam aktiviti pertukangan khas sebanyak 16.2 peratus (suku kedua 2023: 9.8 peratus),” katanya dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Malaysia, Suku Ketiga 2023.

Beliau berkata bangunan kediaman turut menyumbang kepada pertumbuhan dengan merekodkan sebanyak 7.9 peratus (suku kedua 2023: 6.9 peratus).

Pada masa yang sama, subsektor bangunan bukan kediaman mengalami penurunan marginal sebanyak 0.7 peratus berbanding pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata daripada RM33.4 bilion dicatatkan pada suku ketiga 2023, sejumlah RM13.5 bilion atau 40.5 peratus daripada nilai kerja sektor pembinaan adalah dalam kejuruteraan awam.

Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api dengan pertambahan sebanyak 22.1 peratus atau berjumlah RM7.4 bilion.

Sementara itu, nilai kerja pembinaan bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman, masing-masing sebanyak RM9.2 bilion (27.5 peratus) dan RM7.3 bilion (21.9 peratus).

Aktiviti pertukangan khas menyumbang RM3.4 bilion (10.0 peratus), terutamanya dalam aktiviti pemasangan sistem paip, pemanasan dan pendingin udara (RM1.1 bilion) serta pemasangan elektrik (RM0.9 bilion), katanya.

Sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan pada suku ini, dengan peningkatan sebanyak 8.6 peratus (suku kedua 2023: 17.3 peratus), yang disumbangkan oleh aktiviti pertukangan khas (26.5 peratus) dan kejuruteraan awam (10.2 peratus).

Nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM19.6 bilion atau 58.5 peratus daripada nilai kerja pembinaan keseluruhan.

Sebaliknya, sektor awam dengan sumbangan sebanyak 41.5 peratus atau RM13.9 bilion, melonjak dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 10.9 peratus berbanding penurunan 4.8 peratus pada suku sebelumnya.

Pemulihan ini dipacu oleh aktiviti kejuruteraan awam (19.2 peratus) dan bangunan kediaman (14.8 peratus), masing-masing sebanyak RM10.6 bilion dan RM0.5 bilion.

Hampir 60 peratus daripada nilai kerja pada suku ketiga 2023 tertumpu di Selangor (RM8.1 bilion atau 24.2 peratus), Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) bernilai RM4.3 bilion atau 12.8 peratus, Sarawak (RM3.8 bilion atau 11.4 peratus) dan Johor (RM3.5 bilion atau 10.6 peratus).

“Prestasi nilai kerja pembinaan bagi tiga suku tahun pertama 2023, mencatatkan nilai sebanyak RM98.0 bilion, dengan peningkatan sebanyak 9.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022 (suku pertama hingga suku ketiga 2023: 6.6 peratus).

“Pertumbuhan positif ini didorong terutamanya oleh sumbangan signifikan dalam aktiviti kejuruteraan awam (14.9 peratus),” kata Mohd Uzir. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings