the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NIOSH perkukuh program Latihan KKP untuk kebajikan pekerja

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan terus mengukuhkan program Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan sumber manusia negara terbela, kata Menterinya Steven Sim Chee Keong (gambar).

Beliau berkata agensi KSM iaitu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menerajui usaha berkenaan menerusi pelbagai program latihan berkaitan KKP.

“NIOSH memberi komitmen padu bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua pekerja terjamin,“ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan NIOSH sempena lawatannya ke ibu pejabat institut berkenaan di Bangi hari ini.

Beliau turut bertekad untuk menyegerakan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan) 2022, susulan beberapa kes bencana kerja yang meragut nyawa baru-baru ini.

NIOSH dalam kenyataan itu berkata pihaknya sedang giat melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja untuk menyertai latihan yang ditawarkan khususnya melibatkan KKP.

Menurutnya sehubungan itu NIOSH sedang menaik taraf program latihan sedia ada bagi memenuhi keperluan industri serta memanfaatkan platform digital untuk meningkatkan keberkesanan dan capaian program-program latihan yang dianjurkannya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings