the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Noor Rahiza teruja sedia persiapan raya, rakam banyak video – Abang

YAN: Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di Lumut, pagi tadi teruja menyediakan persiapan Aidilfitri baru-baru ini, malah banyak merakamkan video pada hari raya.

Abang Allahyarham, Abdul Latif (gambar), 46, berkata Noor Rahiza, 39, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik turut menempah langsir baharu berwarna putih dan keemasan.

“Kali terakhir saya jumpa dia semasa dia pulang beraya (di rumah keluarga) dan dia memang nampak teruja mahu pasang langsir baharu. Semasa orang datang pasang langsir di rumah pun, dia sibuk rakam video.

“Dia juga merakam video semasa semua ahli keluarga berkumpul untuk bersalam-salaman. Kalau diikutkan macam raya tahun sebelum ini, dia tidak rajin macam itu, mungkin ia kenangan yang dia mahu kami simpan,“ katanya yang ditemui pemberita di rumah keluarganya di Taman Perumahan Awam 2, dekat sini hari ini.

Menurut Abdul Latif dia dimaklumkan tentang kejadian itu daripada suami Noor Rahiza, Azinor Azizan yang menghubunginya kira-kira 10 pagi tadi sekali gus memintanya supaya segera datang ke Perak.

“Adik ipar dengan suara sebak minta saya datang ke Perak dan maklumkan adik (Noor Rahiza) jatuh helikopter, tetapi saya tidak boleh ke sana kerana perlu menjaga isteri yang kurang sihat. Saya minta dua lagi adik lelaki untuk ke sana.

“Memang saya sangat terkejut, kerana kami baharu kehilangan ibu pada Julai tahun lepas. Memang berat untuk maklumkan perkara itu kepada ayah kerana dia kurang sihat dan menghidap sakit jantung, apabila dia tahu tadi dia termenung dan bergenang air mata,“ katanya.

Beliau berkata Noor Rahiza yang mempunyai empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun itu amat meminati bidang ketenteraan dan telah beberapa kali mengikuti sesi temu duga sebelum diterima menyertai TLDM.

“Hari raya kedua dia sudah pulang ke Lumut dan dia maklumkan dia sibuk dengan raptai sempena sambutan itu (Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90). Pada dua, tiga hari lepas saya secara tidak sengaja tertekan nombol telefonnya dan sempat mendengar suaranya dan itu merupakan kali terakhir dia bergurau dengan saya.

“Kami reda dan sekarang masih menunggu proses seterusnya. Apabila semua sudah selesai di Perak, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat, di sini berhampiran dengan kubur arwah ibu,“ katanya.

Tragedi pada 9.32 pagi itu menyaksikan 10 anggota TLDM terkorban termasuk Noor Rahiza yang merupakan kru daripada Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings