the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Noda Khas: 87 individu termasuk 68 warga asing ditahan

JOHOR BAHRU: Polis menahan 87 individu termasuk 68 warga asing dalam serbuan terhadap 22 pusat urut tidak berlesen yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar (gambar) berkata kesemua 22 lelaki dan 65 wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 64 tahun itu ditahan menerusi Op Noda Khas yang dijalankan secara serentak melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah di seluruh negeri.

“Kita juga telah merampas telefon bimbit pelbagai jenama, jadual kerja, buku catatan, kondom, minyak pelincir, minyak urut, tisu, tuala wanita dan wang tunai berjumlah RM8,789.

“Kesemua tangkapan akan dimohon reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1969/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Pada masa sama, kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah untuk menyalurkan ke talian hotline 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings