the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang serius tangani penerokaan haram, bawa terus pihak terlibat ke mahkamah

RAUB: Kerajaan negeri serius menangani aktiviti penerokaan tanah haram di Pahang termasuk mendakwa mereka yang terlibat terus ke mahkamah, tegas Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau bagaimanapun mengakui penerokaan hutan masih berlaku, walaupun agensi yang dipertanggungjawabkan telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kegiatan itu.

“Walaupun kita kawal dan pantau, masih lagi berlaku (penerokaan haram). Sebab itu kita sangat serius dan bawa mereka ke mahkamah terus, tidak lagi mengeluarkan kompaun (seperti sebelum ini).

“Tindakan ini bukan untuk memalukan atau mengaibkan, tetapi untuk beri pengajaran kepada mereka yang buat kerja tidak sihat ini yang menjejaskan imej kerajaan negeri,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Penghutanan Semula Dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Pahang oleh Syarikat Amat Bayu Sdn Bhd di Hutan Simpan Tersang di sini hari ini.

Menurutnya pendakwaan terus ke mahkamah yang dilaksanakan bermula tahun lepas didapati dapat mengurangkan aktiviti pencerobohan tanah sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kejadian tanah runtuh melibatkan kebun sayur haram di Cameron Highlands pada awal pagi Jumaat lepas, yang mengorbankan lima mangsa warga Mynmar termasuk seorang wanita.

Pada perkembangan lain, Wan Rosdy berkata projek penghutanan semula di Pahang teleh bermula pada 2000 dengan keluasan 404.69 hektar, dan hingga tahun lepas keluasan projek sudah meningkat kepada 34,342.22 hektar.

Bagi projek penghutanan semula yang dirasmikan hari ini, Wan Rosdy berkata ia dilaksanakan Syarikat Amat Bayu Sdn Bhd melibatkan kawasan seluas 20,303.27 hektar dalam tempoh 60 tahun.

“Saya berharap projek ini menjadi contoh pengurusan projek penghutanan semula yang baik dan mematuhi peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa. Menerusi projek ni, kawasan tidak berhutan atau kawasan terosot akibat bencana alam atau penerokaan untuk pembangunan dapat dipulihkan semula,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings