Pasport Malaysia kini ketiga terkuat dunia dengan akses tanpa visa ke 174 negara, menurut Passport Index 2025.
KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025.
Kedudukan ini merupakan penanda aras global bagi dokumen perjalanan negara.
Jabatan Imigresen Malaysia menyatakan pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan pasport Malaysia.
“Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia,” menurut kenyataan rasmi jabatan tersebut.
Berdasarkan data Passport Index, pasport Emiriah Arab Bersatu menduduki tempat pertama.
Singapura dan Sepanyol berkongsi kedudukan kedua dalam ranking tersebut.
Malaysia berada di tangga ketiga bersama 15 negara lain termasuk Perancis, Jerman, Itali dan Korea Selatan.
Negara-negara lain dalam kedudukan sama ialah Belgium, Belanda, Finland, Luxembourg, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway dan Ireland. – Bernama









