the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk: Perkarangan Apartment Idaman tidak semeriah dulu

PETALING JAYA: Jika dahulu perkarangan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini khususnya kawasan taman permainan, pastinya meriah dan riuh-rendah dengan suara kanak-kanak apabila musim cuti sekolah tetapi kini ia menjadi sunyi sepi sejak timbul kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 5 Dis lepas.

Tinjauan Bernama mendapati bukan sahaja kawasan taman permainan, tempat parkir kenderaan, kaki lima dan anak tangga di semua blok di sini kelihatan lengang, tidak seperti kebiasannya yang meriah dengan kelibat kanak-kanak kanak-kanak bermain di situ.

Menurut salah seorang penduduk di sini yang juga merupakan penolong perubatan di klinik berdekatan, Wan Hakim Abdul Aziz, 28, kebanyakan ibu bapa tidak lagi membenarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah sejak insiden tragis itu berlaku.

“Semua blok sekarang sunyi, tapi yang paling sunyi blok ini (blok R) sebab di sini biasanya paling meriah,“ katanya.

Sementara itu, pengasuh, Rahmah Resap, 52, berkata sejak berlakunya kejadian yang menimpa adik Zayn Rayyan, sudah tiada kanak-kanak yang melepak sampai malam di apartment ini serta tiada juga kanak-kanak yang bermain buaian di taman permainan.

“Selain itu, saya perasan jika ibu bapa membawa anak mereka ke kedai berhampiran, mereka akan pastikan anak mereka berjalan di hadapan. Kalau dulu, tidak kesah pun anak berjalan di belakang,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, penduduk di blok bertentangan lokasi kejadian Mohd Helmi Abdullah ,59, berkata sebelum ini apabila tiba musim cuti sekolah, memang taman permainan ini menjadi tumpuan kanak-kanak di sini.

“Sunyi, sekarang tak ada siapa yang bagi anak keluar, sebelum ini kalau cuti sekolah meriah dengan kanak-kanak bermain,“ katanya.

Penyiasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang memasuki hari ke-12 hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12.45 tengah hari.

Pihak polis juga dilihat beredar keluar dari lokasi kejadian kira-kira pada pukul 2.20 tengah hari, dua jam selepas meneruskan proses penyiasatan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings