the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur dipenjara setahun kerana cedera, ugut dan khianat tiga individu

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, mengugut dan melakukan khianat terhadap tiga individu, dua bulan lepas.

Muhammad Azrol Hisyam A’sri, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi tuduhan menyebabkan kecederaan, empat bulan penjara untuk kesalahan mengugut serta penjara setahun untuk tuduhan khianat dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Feb lepas.

Tertuduh didakwa mencederakan penghantar makanan Shafik Ahmad Kassim, 27, dengan menumbuk dada mangsa pada 11.30 malam 21 Feb lepas di sebuah kondominium di Sentul di sini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa mengugut Shafik Ahmad dan seorang warga emas Amatus Ombongod @ Vitus, 60, yang melihat kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Azrol Hisyam juga didakwa menyebabkan kenderaan milik Wanazlina Idaham Merican, 53, kemik sehingga kerugian RM2,000 di lokasi dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings