the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur

KUALA LUMPUR: Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, Datuk Allan Goh Hwan Hua dan empat lagi syarikatnya berhubung Nilai Penebusan Bulanan dan Pulangan Pembiayaan Bulanan yang tertunggak melebihi RM8 juta akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid menolak permohonan Goh dan empat syarikatnya selaku defendan untuk membatalkan saman itu.

“Kes sman tersebut bukanlah satu kes yang mudah dan jelas untuk mahkamah membatalkan tuntutan plaintif dan terdapat isu yang perlu diselesaikan semasa perbicaraan,” katanya dalam penghakiman ringkas hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 21 Julai 2022 menamakan Goh dan empat syarikat berkenaan iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH).

Mahkamah kemudian mengarahkan Goh dan empat defendan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada plaintif dan menetapkan sembilan hari perbicaraan kes itu bermula 14 Okt tahun depan.

Goh dan empat syarikat itu telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan bahawa tindakan undang-undang itu tidak sah dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Mereka juga telah mengemukakan kenyataan pembelaan mereka tahun lalu terhadap tuntutan yang dibawa oleh para pelabur – P. Ponnamal, A. Prema, Deborah Ann Rodrigo, YM Che Engku Mahirah Abdullah, Goh Chiang Beng, Alexander Vincent, Gea Ban Thong, Ng Guat Tin, Koh Kock Keang, S.Supramaniam, Harith Abdul Hamid, Ismat Abdul Rauf, Koh Kok Chong, Gea Seok Eng dan K. Thangamuthu.

Dalam kenyataan tuntutan mereka bertarikh 21 Julai tahun lalu, 15 plaintif tersebut mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu gagal membuat pembayaran bulanan yang dipersetujui dari November 2021 hingga Jun 2022, walaupun telah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka.

Plaintif berusia antara 58 hingga 74 tahun itu mendakwa bahawa Goh sebagai pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd dan empat defendan lain telah melanggar tanggungjawab fidusiari dan seharusnya dibuat bertanggungjawab secara peribadi atas kerugian yang dialami oleh para pelabur.

Mereka menyatakan bahawa Goh dalam mengeluarkan pelbagai notis dan arahan serta mengadakan panggilan persidangan dengan mereka, telah membuat representasi mengenai isu-isu yang sedang dihadapi oleh ISOM dan kesannya pulangan bulanan para pelabur.

Mereka juga mendakwa bahawa ISOM TCH, dan firma lain telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 11 Nov 2021 dan perintah pembekuan didakwa telah dikeluarkan terhadap syarikat tersebut.

Oleh itu, plaintif memohon pembayaran balik harga langganan RM8 juta serta pembayaran balik tunggakan penebusan bulanan terhutang dan faedah tahunan lima peratus ke atas mana-mana jumlah penghakiman yang diberikan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings