the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga didakwa terima harta curi milik warga emas lebih RM515,000

MUAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 10 pertuduhan menerima harta curi bernilai lebih RM515,000 milik seorang wanita warga emas, antara 2018 hingga 2019.

Mohd Fairus Md Noor (gambar), 36, didakwa secara tidak jujur menerima harta curi iaitu wang berjumlah RM515,523.80 kepunyaan Manjeet Kaur Syran Singh, 72, menerusi 10 transaksi di CIMB Bank Berhad, Jalan Sulaiman di sini, antara 21 Nov 2018 hingga 26 Dis 2019.

Wang itu didakwa berada dalam akaun CIMB Bank yang didaftarkan atas nama Mohd Fairus dan lelaki itu mengetahui serta ada sebab mempercayai bahawa harta tersebut adalah harta curi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jan tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Hafizah Abdullah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings