the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga guna kekerasan terhadap penguat kuasa dipenjara 15 hari, denda RM3,500

ALOR SETAR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Khamis lepas.

Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Amirul Azmir Md Akhir, 33, bermula dari tarikh sabitan dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lapan bulan.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu pembantu penguat kuasa MBAS daripada menjalankan kewajipannya, menyebabkan pergelutan berlaku dengan menendang dan mencampakkan bangku kecil kepada penguat kuasa.

Mohd Amirul Azmir didakwa melakukan kesalahan itu pada 11.38 malam di kawasan Dataran Alor Setar Lebuhraya Darulaman di sini pada 14 Mac lepas.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriyah Mhd Nordin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings